yang lepas jangan dilepaskan

Thursday, May 26, 2011

kenapa orang islam sembah kaabah ?

salam readers .


terjumpe post ni dekat blog azizbos.com tentang cara penjawaban anda apabila menghadapi masalah ini dengan orang lain terutama saudara islam sendiri . jom baca 



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" 

"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."  

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."  

"Allah ada dalam tu?" 

"Tak..."  

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."  

"Kamu sembah apa?"
 
"Saya sembah Allah SWT." 

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"  

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah."  

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"  

"Pernah. Selalu..."  



 "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   

"Tengok perlawanan bola la!"  

"Di mana?"  

"Dalam tv la!"  

"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."  

"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."  
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."  

"Takde. So?"  

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?"
 
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."  

"Peliknya."
 
"Sebab apa pulak pelik?"   
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je." 

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."
 
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"  

"Ya. Tak pelik."
 
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."

"Erk... Kau betul."

p/s : haha . tengok . tu la penting nya ilmu dekat anda semua . tapi kalau ada ilmu tapi tak di amal kan tak guna jugak . renung renung kan dan selamat beramal
www.tips-fb.com

4 comments:

mai said...

wah,, best2,, satu teknik yang bagus tuk menarik owgfaham islam2 ni,,, berpahala,, dah polow anda ^_^

Najlaa 'Aqilah said...

genius!

NuSaNa NoSa 91 said...

ini kena guna reverse psikologi utk jwb soalan camni.. kn rawt rawt?? ^_^

nik lan nik mat said...

kaabah tu sebab nanti takyah gadoh2 nak solat ikut arah mana..