yang lepas jangan dilepaskan

Tuesday, June 21, 2011

awak , bogel la sekarang


pssstttt!! AKU BUKAN LUCAH


SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.

Difahamkan, ketika terlelap mangsa didatangi lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta sebelum mengarahkan suspek berganjak ke bahagian sebelah penumpang.


Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.

“Sambil memandu ke Kuala Lumpur, suspek mengacukan parang dengan mengugut mangsa mengeluarkan semua barangan berharga termasuk melucutkan baju dan seluar.


“Mangsa yang masih terkejut mengikut semua arahan suspek berikutan takut diapa-apakan.



“Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa,” katanya.

Sumber berkata, kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek turut melarikan diri, namun mangsa gagal mengenal pasti nombor plat Toyota Vios itu.



Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan
.

"Ape jenis penyamun ni ? abes semua nak rampas ? asal tak ambik otak die tu . ko boleh jadi bijak . tak yah la jadi penyamun , penyangak ! hahaha . mintak mintak jauh laaa"
www.tips-fb.com

9 comments:

Kak Long said...

aishh.. mcm tu punye perompak pon ade ke? desperate beno gamaknya.. hish.

rayne rawt rawt said...

wakakaka. memang deperate. =))

stellaizz said...

asal bolehh ye semua disebat nyer cian.....

adek stella excident...pengsan...
sampai ye hospital sedar2 wallet hilang helmet ilang.hp ilang nasib bj and suar x ilang :)

zaman skrg org semakin kejam

Anonymous said...

ish... kalau ada gigi palsu dengan gigi apa dia kebas...

Fariehan Ibrahim said...

alang2 nk merompak, hbis sume dirompak nyee..grrr~
sian mangsa, xpsl2 kne bogel tgh highway. -.-'

Unknown said...

aish..xkan lah sampai bju degn seluar pon nak ambik..kecian lol bogel2shje ditngkn mcm gitu..manusia2..

nots said...

perhh ! giler ahh . sangad memalukan bogel dtepi jln . penyamun tuh ta berhati perut doh . erk , bukan perut jea , sume skali ahh . HAHA . XD

rayne rawt rawt said...

haha , tu la pasal . kalau bulu mate cantik pon die sebat agaknye

Mama Ashraf said...

aduhh..kesin org tuh smpai bogel dikerjakan..kalo ye pun nk mencuri jgnlah smpai baju pun nk kebas...apa punya pemyamun lah...