yang lepas jangan dilepaskan

Thursday, June 2, 2011

10 terbunuh dalam 3 letupan di barat Iraq


2011/06/03

RAMADI: Sekurang-kurangnya tiga letupan berlaku di pejabat wilayah kerajaan di Ramadi, yang terletak di barat Iraq mengorbankan 10 orang manakala 15 yang lain cedera, lewat petang semalam.

Letupan keempat pula dilaporkan berlaku di kira-kira 100 kilometer di luar bandar berkenaan.
“Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 15 lagi parah dalam tiga letupan hampir serentak di pejabat kerajaan di Ramadi jam 8.30 malam waktu tempatan," kara seorang pegawai polis Wilayah Anbar.


“Letupan pertama, kedua dan ketiga membabitkan bom kereta di tepi jalan yang dipandu pengebom berani mati," kata Lt Kol Mohammad Ismail. 
“Letupan keempat juga hampir sama dengan yang ketiga. Tiga letupan yang pertama berdekatan bangunan gavenor manakala letupan keempat berhampiran Hospital Umum Ramadi," katanya.

Ramadi sejak beberapa bulan lalu menjadi sasaran penyerang dan serangan bom berani mati. - AFP 





luahan hati : abes semua dorang nak bomm . bimbang betul lahh . sama sama lah kite berdoa agar orang di sana selamat 
www.tips-fb.com

No comments: