yang lepas jangan dilepaskan

Wednesday, February 2, 2011

kalau dah gila tu.. gila lah !

as'salam..

eeiii.. marah betol aku.. marah sangat2.. boleh die cakap aku gila ? padahal kau yang gile.. tengok kambing then cakap tu rama rama.. gile tak gilee.. haihh...




dah3... memang mencabar keimanan betoi... cuuttt! dah3.. cukup tipu orang.. tak baik.. hehe..

kenape title aku macam tu? sebab aku nak kongsi satu citer kat readers aku semua.. pasal 3 orang gile..jom layannn..


Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.

"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..."

 Doktor angguk "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.

"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." 
Senior berkata setelah berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.

"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.

"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."



Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
www.tips-fb.com

8 comments:

MiMie AddNin said...

hahhaah!!
kite doakan aje yang terbaik untuk mereka...
dorg ni istimewa cket..
kite yang tak istimewa ni yang tau beza baik dan buruk ni la slalu yang kurang baik..

Fariehan Ibrahim said...

adeh, pemikiran dyeorg kekdg agk t'lampau kreatip mgkin. haha! xD

cik ima said...

haha!!
berpikiran luar biasa..
aku pon x terpikir nk bwat cam tu..

Mr.TN_SkY said...

haha..pemikiran di laur ktoak nie..lolx :-D

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?

Karya Hati said...

haha...lawak je :P

Arpiiz said...

haha, nak berguling aku ketawa lepas baca entry ni..^^

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hehe pemikiran yg ta terjangka

rayne rawt rawt said...

thanks semua.. hehe..aku pon tak pernah terpikir.. die lagi bijakkk