yang lepas jangan dilepaskan

Wednesday, February 2, 2011

pelan perpindahan keluar pelajar malaysia di mesir - sebar kan segera !

asalamualaikum..

bangun je pagi pagi gini.. mesti dalam kepale otak mikir pasai mesir.. hish.. ekceli aku memang mengikuti perkembangan kat sane melalui post korang semua.. tapi aku je yang tak sebar2 pasal kejadian ni.. ade pon satu je.. ni aku nak sambung.. hehe..



Kedutaan Malaysia Lancar Pelan Tindakan Evakuasi Pelajar Di Mesir

03/02/2011 1:54am
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah melancarkan Pelan Tindakan Evakuasi untuk membawa keluar warga Malaysia, khususnya pelajar dari negara bergolak itu.

Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di blog Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, operasi pelan bermula 2 Feb. Rakyat Malaysia akan dibawa keluar melalui penerbangan ataupun pelayaran.

Berdasarkan modus operandi pelan berkenaan, mereka yang masih berada di negara itu akan dikumpulkan di beberapa tempat sebelum penerbangan keluar dibuat dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua individu yang diselamatkan melalui penerbangan ehsan akan dikumpulkan di Jeddah.

Individu dari Kaherah akan berkumpul di Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK; dari Iskandariah akan berkumpul di Rumah MARA manakala mereka dari Mansourah pula akan diterbangkan ke Iskandariah sebelum dibawa ke Jeddah dan berkumpul di Hotel New Mansourah.

Para peserta dikehendaki berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan iaitu di Kaherah pada 11 pagi 2 Feb; dan pada 10 pagi 3, 4 dan 5 Feb.
Peserta dari Iskandariah pula perlu berkumpul pada 9 pagi 4, 5 dan 6 Feb.
Rakyat Malaysia yang mengikuti pelayaran pula akan melalui Pelabuhan Al-Adabiyah sebelum ke Pelabuhan Jeddah dan berkumpul di Kompleks Haiyyui Ashir.

“Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia,” demikian menurut kenyataan itu.

Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Klang.
Kos perjalanan balik ke Mesir adalah atas tanggungan sendiri. Bagaimanapun perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
Setiap peserta hanya dibenarkan membawa bagasi kecil tidak melebihi tujuh kilogram, selain diingatkan supaya membawa pasport/dokumen perjalanan yang sah.
Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat itu akan terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar wanita, pelajar berkeluarga, pelajar yang uzur dan sakit, berada di zon risiko tinggi, pelajar tahun pertama dan pelajar sekolah rendah/sekolah menengah.
Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang makluman pelajar sebelum mengikuti penerbangan dan pelayaran berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada para pegawai kedutaan iaitu Saharudin Hassan (+2010-5005338), Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004), Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264) dan Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715).
– BERNAMA

Keadaan semakin meruncing. Berlakunya pergaduhan hebat di antara penyokong Mubarak dan anti Mubarak. Penyokong Mubarak dipercayai didalangi oleh Mubarak sendiri telah menyerang penunjuk perasaan dengan menunggang kuda dan unta. Mereka membawa senjata, melontarkan molotov dan membelasah penunjuk – penunjuk perasaan. Selepas itu, ke dua pihak saling baling membaling batu dan bertumbuk.



An Egyptian cries in front of on army tank in Tahrir, or Liberation square, in Cairo, Egypt, Wednesday, Feb. 2, 2011. Several thousand supporters of President Hosni Mubarak, including some riding horses and camels and wielding whips, clashed with anti-government protesters Wednesday as Egypt’s upheaval took a dangerous new turn.


www.tips-fb.com

3 comments:

acan ketot said...

smoge sume slmt...
aminn..

princess laila said...

alhamdulillah M'sia da btindak gituh..sbb raseny,tuh jln tbaek. k'ada'n Mesir mkn mmbimbngkn..

tp ksian kt kawan2..dorng cam sdey na tingglkn mesir~ tmpt mereka timba ilmu....

areripe said...

dah sorang kena rogol baru kalut nak p.
tapi ok lah, kerajaan dah pergi dah pun.
lagipun mana ada perjanjian yang kerajaan akan jaga keselamatan students jika berlaku rusuhan camnii.

semoga semua perlajar malaysia selamat!