hai . name aku wan nabil . orang panggil aku nabil . aku seorang pelajar tingkatan 3 .. hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk aku menduduki penilaian menengah rendah PMR . disini aku ingin kongsi kan tentang masa silam aku yang merubah aku sehingga aku sedar akan kesalahan aku . kini aku dah bertaubat
dulu nya aku seorang yang suka memungkiri janji , seorang yang suka bergaul bebas lelaki dan perempuan , aku seorang islam tetapi aku selalu mengelak ketika disuruh emak untuk mengerjakan ibadat solat 5 waktu , aku selalu keluar dengan berpakaian seluar pendek .
aku suka buat perkara yang melalaikan aku sebagai seorang islam , contoh nya mendengar lagu lagu sehari suntuk langsung tidak endahkan azan yang berkumandang ketika itu . bercakap tentang solat . aku kerap berbohong kepada ibu ku . ketika disuruh untuk solat . aku pergi mengambil wuduk sekadar membasuh muka dan tangan dan terus masuk ke bilik . ketika di tanya emak . aku menjawab yang aku sudah solat .
pada suatu malam , mata ku keras seperti tidak mahu aku tidur lagi pada waktu itu . keadaan dirumah sudah gelap gelita . aku tinggal di apartment dan aku mengambil keputusan untuk pergi ke tingkat atas sekali untuk mengambil udara nyaman . waktu itu jam menunjukkan pukul 3 pagi . aku mendengar anjing anjing menyalak . maklum lah kawasan itu ramai cina yang tinggal . dan aku melihat ke bawah masih ada lagi kereta bergerak ke sana sini . didalam fikiran aku mungkin mereka baru habis kerja dan ingin pulang ke rumah masing masing
hampir satu jam aku di atas sana sehingga anjing yang menyalak pun dah berehat . bandar dah gelap gelita . tiada lagi kereta yang bergerak dan pada masa itu juga aku muhasabah diri . aku teringat dosa dosa aku kepada emak , ayah , keluarga . tak lupa juga dosa aku kepada kawan kawan , guru guru . dan yang paling penting dosa aku kepada pencipta alam ini .
jika mereka semua sudah tiada lagi didalam dunia ini dan aku tidak sempat untuk memohon maaf kepada mereka semua , tidak guna untuk aku menyesal pada masa itu . air mata ku berlinangan mengingati perbuatan aku selama ini . aku terus turun untuk balik kerumah ku dan terus masuk kebilik . badan ku secara tiba tiba terketar seolah olah didalam ketakutan .
sekarang aku dah sedar , tetapi aku masih lagi tidak boleh jujur kepada ibu ku . ketika aku pergi mengambil wuduk didalam bilik air . ibu ku bertanya , dan aku menjawab aku pergi membuang air kecil . ketika aku didalam bilik untuk bersolat , sejurus selepas itu ibu ku bertanya lagi , aku menjawab aku sedang bergayut .
aku masih takut untuk bagitau perkara sebenar kepada ibu ku , aku takut Allah tidak menerima keikhlasan aku untuk berubat dan bertaubat , tetapi setiap hari aku bersalaman dengan ibu ayah ku memohon maaf . aku harap ibu ku tahu niat sebenar aku , sekian ..
p/s : dah cukup panjang cerita aku reka nih ,aku tak nampak isi pon didalam tu tetapi aku harap korang dapat ape yang aku cuba sampaikan , aku teringat sikit2 cerita cikgu aku masa kem . tu la aku try buat entry pasal nih . harap harap faham ye !
No comments:
Post a Comment