yang lepas jangan dilepaskan

Friday, May 6, 2011

repost : tips cara atasi sifat mengumpat

 okei aku dah ade post sebelum ni.. tapi masa aku agak terhad hari tuu.. sekarang aku post balikk..  same2 la kite muhasabah diri


oke2 meh sini rawt rawt nak pecah satu rahsia.. dalam kelas rawt rawt sebenarnye tak ramai pon.. dalam 18 orang je.. dan hanya 2 orang sahaja lelaki.. iaitu rawt rawt dah sahabat terbaik.. hehe.. nak wat cam mane.. kelas hadapan.. lelaki kureng.. tanak berbangga .. astargfirullah ..

  lame kan rawt rawt dah tak bagi tips. hehe.. mesti korang rindu membace tips dari rawt rawt.. hadooiii ..
oke..sambung cerita dekat kelas tadi.. 2 lelaki 16 perempuan.. no wonder la kalau kelas tu agak bising..
sebab kiri kanan belakang.. time cekgu takde duduk mengumpat.. ishh.. ni bukan nak bukak aib orang..
just nak kongsi je.. mengumpat mengutuk.. cerita pasal pakwe laa.. aku dah la mengantuk .. time cekgu takde tu la aku nak tido.. dorang pulak buat bising.. dah puas pesan ,tegur,nasihat dah.. ayat dorang

 "BIARLAH ! KITORANG BUKAN NGUMPAT PASAL KAU" 

tengok .. aku tegur mende yang salah pon aku kene marah.. humm.. ape nak jadi la pompuan zaman sekarang.. jadi nak tips atasi mengumpat ? 

jom rawt rawt kongsi : 

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
  1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
  2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
  3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
  4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
  5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Lima cara henti sifat mengumpat

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
  • Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
  • Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
  • Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.


~JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK~

 

www.tips-fb.com

2 comments:

Miss Anis said...

mengumpat ni da jdi satu kebiasaan yg xblh dihindar...hehhehe...tp mengumpat bia kne tmpt....

cikcahya said...

nice info :)
mengumpat bnda yg baik boleh kot. hehe :P