yang lepas jangan dilepaskan

Thursday, December 16, 2010

bola bola bola ...ngee =)

        agak nye ni kali pertame aku post pasal bola ekk...ye la..aku kan gile bola..kipas susah mati (die hard fans)
manchester united nii...tapi fans lain jangan la tak mari kat sini...hahaha...belog ni bukan pasal bola saje..grrr...

         PENJARING gol kemenangan Manchester United minggu lalu, Park Ji Sung (gambar) mengakui dia berasa serba salah mengenai ketiadaannya buat sementara untuk bertanding pada pusingan akhir Piala Asia. Berikutan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal awal pagi Selasa lalu, Alex Ferguson mendedahkan pemain popular Korea Selatan itu akan terlepas tujuh perlawanan apabila dia pulang selepas pertembungan ‘Boxing Day’ dengan Sunderland.
Sekiranya Korea Selatan tersingkir lebih awal ketika kejohanan tiga minggu di Qatar, Ji Sung akan pulang lebih awal. Namun ketika mereka dilihat sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang trofi Piala Asia, ia kelihatan agak mustahil.
Selepas menjadi seorang daripada pemain paling cemerlang United sejak akhir-akhir ini, Ji Sung mengakui akhirnya, dia akan pulang dengan berat hati.

       “Saya agak serba salah mengenai Piala Asia,” katanya.

      “Ketika ini, saya bermain dengan keyakinan, jadi saya berasa agak ganjil dengan apa yang akan berlaku. Namun saya sering kali gembira untuk menyertai pasukan kebangsaan.

      

“Sekalipun tanpa saya, Manchester United memiliki cukup pemain untuk meneruskan kemenangan, jadi saya akan menumpukan terhadap pasukan kebangsaan dan
kemudian fokus dengan Manchester United.”

Ji Sung pastinya menikmati pertemuannya dengan Arsenal.

Tandukan cantiknya pada babak pertama awal minggu ini adalah kali keempat dia menjaringkan gol menentang Gunners, satu rekod yang agak mengagumkan memandangkan jumlah gol pemain berusia 29 tahun itu sejak berhijrah dari PSV Eindhoven pada 2005 adalah hanya 22 gol.

Jaringan terbaru adalah antara paling menarik ketika dia terpaksa bertindak pantas untuk menukar haluan badannya apabila hantaran lintang Nani dari sebelah kanan melantun di badan Gael Clichy.

“Ia gol yang pelik,” katanya.

“Bola bertukar haluan jadi saya terpaksa bergerak dengan tiba-tiba.

“Saya fikir ia akan terkena tiang gol. Tapi akhirnya ia masuk dan saya mampu meraikannya. Ia adalah gol yang bagus buat saya dan pasukan.”

Ia meletakkan United di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), dua mata di depan Arsenal dan Manchester City, dengan kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.

Sekiranya pasukan Ferguson meneruskan rentak kemenangan dengan mengatasi Chelsea
di Stamford Bridge Ahad ini, untuk meneruskan rekod tanpa kalah kepada 17 perlawanan, mereka pasti mula berangan-angan untuk melakar rekod 19 kejuaraan liga.

“Ketika ini kami berada pada satu kedudukan hebat,” kata Ji Sung.

“Namun saingan pada kempen liga kali ini masih panjang.

“Kami sering dilihat bermain dengan amat bagus pada musim sejuk jadi kami hanya perlu cuba dan mengekalkan rentak persembahan terbaik.”..
 



          untuk pengetahuan semua...pengurus manchester united akan mengajak ak makan malam bersamanye...sebab aku dah post tentang pemain terbaik nye ni..wakakaka.. (bile la harap2) T________T 

       akhir kata...majulah sukan untuk negara...(bukan aku post sukan negara pon) wakakaka
www.tips-fb.com

7 comments:

mEteoRa girL said...

whoaaaa !
dye da ajk i dinner dlu oke !
=P
jgn jelez !

rayne rawt rawt said...

wakaka..

die x nak kot..

nanti abes meteor kat bhomi ni..

lgsung x jeles..

i ade date ngn faizal tahir..

wakaka

mEteoRa girL said...

asal plak,,
ahhahahha !
eh ft bz ahh !
wekk
=p

rayne rawt rawt said...

biarlah....
x pon..
kalau pasal saye..
ft x bz larh

mEteoRa girL said...

eceececcee !
law gtuh rananp ahh ft !
x fames ekg law x g show !
duk lyn u jerhh !
ahahhahahahhaha

rayne rawt rawt said...

ahaha...
lyn i la lagi femes

mEteoRa girL said...

sangat jeeee
ngaku pames erk !
ekkekekkekkeke !