yang lepas jangan dilepaskan

Tuesday, May 31, 2011

dialog santai - mewah bahasa

PADA cuti semester universiti, Zahar melawat rumah datuknya di kampung …. 

Datuk: Zahar!! Buat apa tu?

Zahar: Tak ada apa-apa …. Saja menengok-nengok kat bawah rumah ni.



Datuk: Hai! Dari tadi Atuk dengar ketekung ketekang bunyi orang bertukang kat bawah rumah tu … tak buat apa-apanya?! 

Zahar: Hehehe …. Atuk ni macam-macamlah! Bukannya buat apa-apa pun, cuma balik-balikkan papan kat bawah rumah ni. 

Datuk: Eh!! Baik-baiklah … kut ada lipan ke, kala jengking ke .... 

Zahar: Kayu dan papan apa ni Tuk? Daun tingkap pun ada ni .… 
Datuk: Papan rumah dapur tu dulu …. 

Zahar: Rumah dapur?? 

Datuk: Ha’a … dulu kan ke dapur tu kat atas? Tak ingat ke? Bila lantai dapur tu reput,… ubah suai jadi dapur atas tanah. 

Zahar: Kayu-kayu ni tak macam reput pun?? 

Datuk: Ni papan dinding dan tingkap. Bila tukar dinding simen, tingkap ni tak sesuai lagi. Tak rosak pun, itu pasal Atuk simpan. 

Zahar: Tu laa .... Nampak cantik-cantik lagi ni …. 

Datuk: Ha laa …. Tingkap, kipas-kipas, kekisi …. Semua elok lagi!! 

Zahar: Kipas?? Tak ada pun kipas …. 

Datuk: Bukan kipas … tapi kipas-kipas. Tu yg berukir tu … kipas-kipas le tu!! Letaknya kat atas tingkap dan pintu …. 

Zahar: Yang berukir ni?? 

Datuk: A’ haa …. 



Zahar: Cantik ukirannya, sayanglah letak macam ni aje …. 

Datuk: Tu pasallah atuk simpan, nanti bila Zahar buat rumah bolehlah guna bahan-bahan ni. Sekarang ni kat Kuala Lumpur tu banyak rumah batu yang guna tingkap, kekisi dan kipas-kipas kayu macam ni. Dah ada orang tanya nak beli ni … tapi Atuk tak kasi!! 

Zahar: Jangan juallah!! Nanti saya nak pakai bila dah ada rumah sendiri nanti .… 

Datuk: Jangan risau …. Atuk simpan!! Tapi baik-baik le pegang kayu tu, kayu lama tu, ada yang pecah!! 

Zahar: Kenapa pulak?? 

Datuk: Takut selumbar!! 

Zahar: Selumbar? Apa tu? Jenis ular ke?? Eeee … gelilah!! Memang dah hati-hati angkat kayu ni, … tadi dah jumpa lipan sekor, dah katuk pun. Ular selumbar ni bisa ke?? 

Datuk: Bukan ular … tapi bisa!! Kalau kena tangan mau berdarah juga, kalau tak dikeluarkan … oleh bernanah!! 

Zahar: Ugh!! Bahaya tu …. Macam mana rupa binatang tu? Macam lipan ke? Atau macam kala jengking? Kalau lipan ngan kala jengking tu saya kenal. Selumbar ni saya tak tau, tak pernah jumpa … Atau rupa tokek kut?! Orang kata tokek pun bisa juga ... ada kat celah-celah papan ni agaknya. 

Datuk: Hahahaha … macam-macamlah kamu ni, Zahar. Kalau dah budak bandar, tu la rupanya … selumbar pun tak tau!! 

Zahar: Dah tak tau,… nak buat macam mana? Kat Kolumpo tak pernah jumpa binatang ni. 

Datuk: Hehehehe … sebenarnya, selumbar ni bukan binatang!! Hehehehe …. 

Zahar: Kalau bukan binatang, ... apa pulak?? 

Datuk: Selumbar tu sebenarnya serpihan halus kayu dekat papan yang pecah tu. Kalau kena tangan, masuk dalam daging dan patah kat dalam, itu yang boleh berdarah dan sakit. Kalau tak dicungkil keluar, mau bernanah!! 

Zahar: Laa … selumbar tu serpihan kayu ke?? Ingatkan binatang berbisa … hehehe



Datuk: Tu la dia cucu aku … hahahaha …. www.tips-fb.com

2 comments:

inche hlovate said...

ada ae orang tak tahu selumbar tu ape?? hihi boleh pulak si zahar kata tu ular

lady-D said...

bandar tol dak zahar tu..selumbar tu sejenis makhluk asing sebenarnya..dtg dr planet pluto..hahaha