yang lepas jangan dilepaskan

Thursday, June 16, 2011

Bersabar atas Kehilangan

asalamualaikum .

dah berape hari tak buat entry . sebab takde idea punye pasal terpakse berputih mate tengok entry orang yang best2 . tapi hari ni hari jumaat ingat nak bagi motivasi lah sikit . bukan buat sendiri tapi ambik dekat artikel iluvislam.com jugak sebab kalau aku ni perlu kan nasihat , motivasi atau aku sendiri nak dengar tazkirah . memang aku akan buke iluvislam . then kalau perasan memang banyak entry pasal islam aku copy dekat situ saja . tapi salah ke aku kongsi kan mende yang baik lagi pun aku link kan iluvislam . :) kali ni aku share something .





Dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini, pasti ada cabaran serta dugaan yang harus kita hadapi.. Ujian kehilangan harta benda, ahli keluarga serta para sahabat merupakan antara ujian yang sangat berat untuk ditanggung, apatah lagi jika tiada sesiapa di sisi untuk sama-sama menemani kita menempuh ujian ini..
Bagi orang yang beriman, kehilangan sesuatu yang disayangi merupakan sesuatu yang akan diberikan ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi jika ianya disertai dengan sabar dan redha..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 menerangkan perihal mereka ketika mana ditimpa ujian seperti ini.. Kalimah "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun" menjadi pengubat hati mereka.. Tidak hairanlah jika Allah menjanjikan kepada mereka selawat dan rahmat serta menyifatkan mereka sebagai orang yang mendapat petunjuk..
Namun ini bukanlah bererti penghujung hidup buat individu yang beriman akan kewujudan hari akhirat.. Mereka yakin, jika bahagian mereka dikurangkan di dunia, mereka pasti akan dilebihkan ganjaran di akhirat kelak..
Tidak seperti orang yang tidak beriman yang merasakan ianya adalah titik penamat kepada kehidupan di dunia.. Hati mereka akan memberontak dan membenci seluruh kehidupan mereka serta menganggapnya sebagai sia-sia.. Sebagai natijahnya, kehidupan mereka akan dilalui dengan melakukan perkara-perkara yang terkutuk, dan lebih parah lagi jika diakhiri dengan perbuatan bunuh diri..
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami (Allah) akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh itu". (S. Al-Ankabuut: 58).
Untungnya orang beriman.. Sehingga Nabi pun takjub dengan perihal orang mukmin.. "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Doa dan zikir.. Itulah pengubat hati mukmin dikala lara.. Allah akan bersama orang mukmin yang sabar dan redha.. Kehilangan sesuatu yang disayangi sedikit pun tidak memberi kesan kepada iman mereka terhadap Allah.. Malah kadangkala bertambah-tambah pula iman dan taqwanya.. Baginya harta di dunia ini terlalu sedikit dan tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak..
Segala khazanah langit dan bumi ini milik Allah.. Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan merampas semula dari siapa yang dikehendakinya.. Jika orang kafir di muka bumi ini pun diberi kekayaan yang melimpah ruah, apatah lagi hamba-Nya yang beriman dan bersabar atas ujian-Nya..
Tidak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kehilangan harta kita dengan perkara yang lebih baik dan lebih besar nilainya.. Cuma yang menjadi misteri sekarang adalah bilakah waktunya.. Sama ada di dunia yang bersifat sementara ini, ataupun di akhirat yang tiada penghujungnya nanti.. Sebagai individu yang cerdik, pertimbangkanlah.. Mana satukah yang lebih menguntungkan =)
Wahai mukmin.. Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini.. Semoga bermanfaat..
Wassalam.


dari hati ke mate anda : aku bace entry ni sebab aku memang kehilangan suatu yang amat berharga . 
www.tips-fb.com

5 comments:

Fariehan Ibrahim said...

nice one! ^^

moga kita senantiasa berada dibwh rahmatNya. :)

kotak bulat said...

nice sharing~ :)

Lieyda Sabri said...

allah takkan menguji hamba nya melampaui limit hambanya. be strong

M Fizan said...

sabar itu sebahagian daripada iman..bersabarlah :)

rayne rawt rawt said...

thanks m fizan :)